Hilang pendengaran
Hilang pendengaran

Hilang pendengaran

Hilang pendengaran ialah ketidakmampuan separa atau penuh untuk mendengar.[5] Hilang pendengaran boleh hadir semasa dilahirkan atau diperoleh pada bila-bila masa kelak.[6][7] Hilang pendengaran boleh berlaku di satu atau kedua-dua belah telinga.[2] Dalam kanak-kanak, masalah pendengaran boleh menjejaskan kebolehan belajar bahasa lisan, dan dalam dewasa ia boleh mencipta kesukaran dengan interaksi sosial dan di tempat kerja.[8] Hilang pendengaran boleh menjadi sementara atau kekal. Hilang pendengaran yang berkaitan dengan umur biasanya menjejaskan kedua-dua telinga dan disebabkan kehilangan sel rambut koklea.[9] Dalam beberapa orang, terutamanya orang yang lebih tua, hilang pendengaran boleh mengakibatkan kesunyian.[2] Orang pekak biasanya memiliki sedikit atau tiada kedengaran.[6]Hilang pendengaran boleh berpunca oleh beberapa faktor termasuk: genetik, penuaan, pendedahan kepada bunyi bising, beberapa jangkitan, kerumitan kelahiran, trauma kepada telinga, dan pengubatan atau toksin tertentu.[2] Keadaan umum yang mengakibatkan hilang pendengaran ialah jangkitan telinga kronik.[2] Jangkitan tertentu semasa kehamilan seperti sitomegalovirus, sifilis dan rubela, boleh juga menyebabkan hilang pendengaran dalam kanak-kanak.[2][10] Hilang pendengaran didiagnosis apabila ujian pendengaran mendapati seseorang tidak dapat mendengar 25 desibel di sekurang-kurangnya sebelah telinga.[2] Ujian untuk pendengaran lemah disyorkan untuk semua bayi baru lahir.[8] Hilang pendengaran boleh dikategorikan sebagai ringan (25 hingga 40 dB), sederhana (41 hingga 55 dB), sederhana-teruk (56 hingga 70 dB), teruk (71 hingga 90 dB), atau parah (lebih daripada 90 dB).[2] Terdapat tiga jenis hilang pendengaran: hilang pendengaran konduktif, hilang saraf deria pendengaran, dan hilang pendengaran campuran.[3]Sekitar separuh daripada hilang pendengaran secara sejagat boleh dicegah melalui langkah kesihatan awam.[2] Amalan termasuk pengimunan, penjagaan sempurna semasa kehamilan, mengelakkan bunyi bising yang kuat, dan mengelakkan pengubatan tertentu.[2] Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan orang muda mengehadkan pendedahan kepada bunyi yang kuat dan guna pemain audio peribadi kepada sejam sehari dalam usaha untuk mengehadkan pendedahan kepada bunyi bising.[11] Pengecaman dan sokongan awal sangat penting dalam kanak-kanak.[2] Bagi orang ramai, alat bantu dengar, bahasa isyarat, implan koklear dan sari kata amat berguna.[2] Bacaan gerak bibir ialah kemahiran lain yang amat berguna yang orang lain telah dapat.[2] Walau bagaimanapun, capaian kepada alat bantu dengar terhad di banyak kawasan di dunia.[2]Setakat tahun 2013, hilang pendengaran menjejaskan sekitar 1.1 bilion orang kepada beberapa tahap.[12] Ia menyebabkan kehilangan upaya dalam sekitar 466 juta orang (5% daripada populasi dunia), dan kehilangan upaya sederhana ke teruk dalam 124 juta orang.[2][13][14] Daripada ini dengan kehilangan upaya sederhana ke teruk, 108 juta tinggal di negara pendapatan rendah dan sederhana.[13] Daripada ini dengan hilang pendengaran, ia bermula semasa zaman kanak-kanak bagi 65 juta orang.[15] Mereka yang menggunakan bahasa isyarat ialah ahli kebudayaan Pekak melihat diri mereka mempunyai perbezaan berbanding kehilangan upaya.[16] Kebanaykan ahli kebudayaan Pekak menentang cubaan menyembuhkan kepekakan[17][18][19] dan beberapa dalam masyarakat ini memandang implan koklear dengan rasa bimbang kerana mereka ada potensi untuk menyingkirkan kebudayaan mereka.[20] Istilah cacat pendengaran atau hilang pendengaran selalu dipandang negatif kerana menekankan perkara yang orang tidak dapat buat, walaupun istilah ini masih biasa digunakan apabila merujuk kepada kepekakan dalam konteks perubatan.[16][21]

Hilang pendengaran

Kaedah diagnosis Ujian pendengaran
Kerumitan Pemencilan sosial,[2] demensia
Pencegahan Pengimunan, penjagaan sempurna semasa kehamilan, mengelakkan bunyi bising yang kuat, mengelakkan pengubatan tertentu[2]
Kekerapan 1.33 bilion / 18.5% (2015)[4]
Rawatan Alat bantu dengar, bahasa isyarat, implan koklear, sari kata[2]
Punca Genetik, penuaan, pendedahan kepada bunyi bising, beberapa jangkitan, kerumitan kelahiran, trauma kepada telinga, pengubatan atau toksin tertentu[2]
Nama lain Tidak sempurna pendengaran, Kesukaran pendengaran; anakusis ialah kepekakan penuh[1]
Pakar Otorinolaringologi, audiologi
Simptom Kebolehan mendengar mengurang
Jenis Hilang pendengaran konduktif, saraf deria, dan campuran, disfungsi pendengaran pusat[3]